Tuesday, December 27, 2022

FUN X WORLD SUMMIT USJ MALL

Pergi KL balik hari.Hari Rabu lepas lagi waled ada cakap nak bawa Pia sekali ke Mindef hantar laporan bulanan,Khamis pagi lepas solat subuh saya tergerak hati nak ikut diaorang.Fikir-fikir macam tak ada apa urgent dekat office,mesej boss tanya kot ada apa2 hari ni saya nak ambil cuti 1 hari,bila boss reply tak ada apa pergi la..eh dia tau ke saya nak pergi mana ni😂

Pukul 8 gerak santai-santai,cuaca cantik alhamdulillah tak hujan.10.30 dah sampai Mindef sementara waled selesai urusan kerja saya bawa Pia masuk perpustakaan KEMENTAH.Lepas lunch baru gerak ke Subang Jaya.

Bayar sekali sahaja mainlah sampai lebam.Kami masuk pukul 2-5 petang duduk dalam ni je sebab tak boleh keluar,kalau dah keluar tak boleh masuk dah kecuali beli tiket lain.Untuk tiket harga kanak-kanak RM50(weekday),untuk parents saya ambil guardian RM30/pax bezanya tak boleh main arcades games,tak apa kita Tap&Play yang anak punya😁.

Tempat luas dan cantik ala-ala fairy tale kingdom sesuai untuk instagrammer.Dekat dalam ada cafe,surau,toilet,locker.Sebelum masuk makan kenyang-kenyang sebab cafe cuma ada makanan ringan.
Ada 2 level atas bahagian indoor playground.Playground untuk anak umur 5tahun ke bawah sesuai la macam Pia dah tak sesuai dia asyik duk ajak main arcade games.

Dalam indoor park ni ada juga Fairyland Bumper car,Castle adventure skate boleh main roller blade,scooter pusing-pusing.Tempat bersih yang penting ada aircond idokler peluh tiak😜 Musim hujan ni tak tahu nak ke mana kena la cari indoor kan paling sesuai.Anak boleh main semua mainan berkali-kali tak ada limit masa.










Memang betul fun bukan anak je enjoy.Mak pak pun tumpang seronok.Dah keluar nak balik baru terasa penat. 


Budak sekarang asal cuti sekolah je ajak berjalan ke anak saya je yg macam tu agaknya sebab tak ada kawan di rumah.

Rindunya zaman saya kecik hari-hari tau nak main je bila cuti sekolah bulan 12.Tak kira musim hujan ke banjir berlari keluar rumah bila ada kawan datang panggil.Menjerit-jerit la mak larang jangan keluar rumah.Balik rumah dah nak maghrib kena nasib tak baik getah paip berbirat dekat punggung kalau mood mak ok dengar dia membebel je.


23 comments:

  1. Teringin nk pi situ cuma xtau bila nak pegi..haha..

    ReplyDelete
  2. Macam best tempat ni.. kalau bawa askar2 PH mau taknak keluar ni :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. confirm PH budak2 suka sangat la tempat mcm ni
      makpak nak tunggu pun senang hati tempat selesa sejuk

      Delete
  3. Masa kecik kita tak ada mainan gini, jadinya memang enjoy la kan bila sesekali dapat main begini. Penat tapi seronok.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul kak mainan kita dulu merayap 1kampung keluar pagi balik senja haha

      Delete
  4. Ada tengok orang review kat ig haritu. Nampak macam best. Seronok kak Pia jalan² ke sini ye. 😊

    ReplyDelete
    Replies
    1. best juga Jaja...Pia tu pakal nak balik jauh kalau tak rsnya main sampai mlm

      Delete
  5. Saya yang dewasa tidak terfikir ke tempat begini.
    Siapa punya cadangan ke tempat begini?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pia la NA sebelum pergi lagi dia dah search tempat apa menarik dah baca2 review..makpak ngikut aje cadangan dia huhu

      Delete
  6. mcm x ramai org je dlm theme Park nih.. ke ada tmpt lain yg lg best

    ReplyDelete
    Replies
    1. ramai wak..tapi sebab tempatnya luas tak nampak crowded

      Delete
  7. Lama betul Afzan cuti berblog...mai sini sepi ja...hihihi
    Menariknya tempat tu...
    Saya yang dok sini pun tak pandai nak explore..hihihihi..
    Zaman anak-anak sekolah,nak bawa tempat macam ni rasa tercungap nak tunggu cukup bulan.Dah bernafas sikit ..mereka dah menginjak dewasa.Cepatnya masa berlalu..
    Tunggu la 3,4 tahun lagi kot rezeki depa ada jodoh & bagi cucu🤭.Boleh la nenek tumpang..🤣

    ReplyDelete
    Replies
    1. aah kak dah balik kg malasnya nak buka laptop...
      ni sebab anak sorang kak blh la layan kalau ramai2 main la korang sama sndr haha

      Delete
  8. wah..menarik nya.. seronok kids main indoor je semua

    ReplyDelete
    Replies
    1. seronok juga mummy..kalau tak ajak balik rasanya mau dh nak tutup baru keluar ni

      Delete
  9. bestnyaa. nak pergi main jugak kat sana tapi baby baru 6 bulan. tak boleh nak main2 jugak nnti. kalau ank dah besar seronok ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. tunggu baby afeeya pandai berlari nnt mst seronok main dkt playground tu leyla confirm penat nak mengejar dia hehe

      Delete
  10. Alaaaa...kakak Dania dh besar....sure dia x nak pi sini kalau ajak

    ReplyDelete
  11. wah x tau kewujudan tmpt ni... klu ada rezeki bole try juga nnti ni

    ReplyDelete
  12. tgk gambar mcm kat themepark oversea la

    ReplyDelete

Terima kasih singgah komen..