Tiba-tiba dapat call ada tetamu nak datang tumpang bermalam katanya esok nak hantar anak di Polisas.Bila dah tau tetamu nak datang mula la kelam kabut dapat callnya malam,esok dah nak sampai hari bekerja pula tu.Jenuh juga fikir nak masak apa tak kan la tetamu sampai kita nak ajak dia makan dekat luar kena lah hidang makanan berat sikit mungkin mereka sampai tengahari waktu makan.Duk fikir apa yang ringkas dan senang nak masak balik tengahari tinggal nak hangatkan je.
Malam tu waled ajak geng laki keluar makan.Geng perempuan lepak kat umah kenyang makan serawa durian dengan pulut.Pagi esoknya saya masak nasi goreng cina,goreng keropok,buat cekodok pisang,gambar tak sempat nak ambil sempat hidang je tu pun kelam kabut kejar masa risau traffic jam waled yang layan tetamu dia minta masuk pejabat lambat sikit lepas tetamu bertolak balik.
Next...siapa my guest?Bagitau awal ye😂
Moga murah rezeki Afzan menyantuni tetamu. Hidangan banyak itu.
ReplyDeleteseadanya je NA hari bekerja memang terbatas masa nak masak lebih2
Deleteini bukan simple ni kak, ini sangat mabeles.... kalau dana mmg tak sempatla... balik kerja dah pukul 5 lebih mana la nk masak beria. Kalau setakat nasi lemak bolehla masak nya hahahha... kalau datang hujung minggu takpe banyak masa.
ReplyDeleteye Dana sebab tu lebih suka tetamu datang hari minggu kita pun ada masa nak melayan tetamu tapi hari minggu kita pula tak ada kat umah asyik berjalan hahah
DeleteMeriah hidangan untuk tetamu. :)
ReplyDeletealhamdulillah seadanya saja
Deletealhamdulillah rejeki jgn ditolak., aminn
ReplyDeletealhamdulillah tetamu juga rezeki kan wak
Deleteseronoknya dpt jumpa ramai macam ni. sedap nampaknya nasi arab mandy ayam tu
ReplyDeleteharapnya begitu la mama sedap macam dalam gambar hihi
DeleteAlhamdulillah....
ReplyDeleteSemoga rezeki Afzan dan keluarga melimpah ruah asbab menyantuni tetamu..
Kalau nak pi Kuantan saya pm awal yer🤣
tapi kita teringin nak rasa air tangan akak...hhaha
DeleteKita potluck lah kalau macam tu..🤣🤣
Deletealhamdulillah
ReplyDeleterezeki tetamu
alhamdulillah ciknur tetamu datang bawa berkat
DeleteWah, macam-macam menu untuk menyantuni tetamu. Alhamdulillah, rezeki Allah.
ReplyDeleteBestnya menu menyambut tetamu
ReplyDeleteAlhamdulillah...tetamu dapat menjamu selera makanan sedap sedap. Kalau tak cukup masa, ligat otak ni berfikir :)
ReplyDelete