Monday, November 14, 2022

MENU HARI RAYA

Selamat hari raya maaf zahir&batin..Eh orang sibuk nak pilihanraya dia sibuk nak bawa bekal menu hari raya.Kisahnya ada kawan waled baru balik dari eksesais di Sabah katanya bawa buah tangan daging payau(rusa)orang Sabah panggil rusa tu payau ye,saya pun baru je tahu.Waled minta saya masak rendang daging payau.Alamak saya ni tak pernah lagi makan daging payau apatah lagi nak masak.

Suami dah minta masak kita cuba lah ye buat-buat pandai.Tak apa saya okay je time ni lah nak kena tunjuk skill😂Disebabkan saya budak baru belajar saya guna resepi rendang daging che nom duk ulang-ulang tengok dekat youtube sehari sebelumnya lagi.

Bangun seawal pagi siapkan menu hari raya untuk waled bawa bekal ke office nak makan dengan staff nak bagi semua dapat rasa sorang sikit daging payau tu katanya..Dah alang-alang masak rendang saya rebus nasi impit adabi untuk lawan dengan rendang,ada juga ketupat lemak dan ketupat pulut hitam frozen rebuskan sekali.

Buat tambah-tambah kuah kacang dan sambal goreng jawa,risau rendang tak cukup iye lah dagingnya pun bukan banyak 1kilo je.

Menjadi juga rendang daging saya resepi che nom tak pernah tak padu,resepi dia mostly memang sedap-sedap.Syukur..pengumuman raya kita tunggu Sabtu nanti ye..haha

22 comments:

  1. sedapnya... mmg menu raya betul dah ni... syukur dpt berkongsi rezeki

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye kakmim bila dah lama tak makan menu raya ni sedap pula rasanya

      Delete
  2. Hahahah.. tak sabar nak tunggu pengumuman raya dalam masa yang sama, ghisauuuu.

    Sedap nampak ketupat palas tu, mesti lagi sedap makan dengan lauk rendang daging payau. Siap ada kuah kacang dan sambal goreng, betul2 macam raya dah ni. Dulu, kalau pergi Kuantan, Pak Inche mesti singgah Pasar Beserah, kat situ ada dua orang makcik berjualan ketupat palas, rindu pulak ketupat palas makcik tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Beserah ramai orang terengganu area situ kuih2 masakan diaorang memang sedap

      Delete
  3. ish2 akak ni, napelah kita bukan seopis kalau tak dana nak tumpang makan je

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha kalau berjiran lagi best Dana..boleh akak bawa pinggan tumpang makan Dana lagi rajin masak

      Delete
  4. Untunglah rakan pejabat suami dapat rasa.
    Alhamdulillah menjadi. Kalau tidak menjadi, kena hidang makanan lain.

    ReplyDelete
    Replies
    1. itu la NA kalau tak menjadi rasanya bawa ketupat aje lah hihi

      Delete
  5. Ini betul hidangan hari raya ni. Sedapnya! :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. sekali sekala dapat makan hidangan raya sedap juga kak

      Delete
  6. Ni memang betul-betul menu raya.
    Sedapnya lain macam kalau makan menu raya bukan time raya.

    ReplyDelete
  7. Wahhhh....
    Rasa macam nak pi raya la rumah Afzan...
    Adoiii..terliur sungguh ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. jemput kak...saya dah standby periuk kuali kot2 akak sampai boleh masakkan lodeh untuk saya haha

      Delete
  8. Wowwww!
    Tiba rasa nak makan rendang..
    Dapat pula pekena dengan lemang.. ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. alamak mana nak cari lemang musim2 hujan ni hihi

      Delete
  9. Wah...rendang rusa! Menu eksotik.
    Memang macam sambut raya, lengkap sambal goreng jawa tu. Menggoda 😋

    ReplyDelete
  10. Wahhh..masuk² sini dijamu dengan hidangan hari raya. Nampak sedap betul la rendang tu. Ni yang kadang boleh terpengaruh ni 🤣

    ReplyDelete
  11. Rasa macam nak raya plak baca entry ni...nampak sedap tu ha

    ReplyDelete
  12. Wahh raya awal..sempena pilihan raya pun boleh juga. hihi..baru tahu rusa tu dipanggil payau. Betul betul macam raya ni, meriah menunya.

    ReplyDelete

Terima kasih singgah komen..