Friday, January 18, 2019

Main Layang-Layang ~ Pantai Batu Hitam

Aktiviti paling seronok untuk Pia dan sepupu2 dia. Pergi main layang layang waktu petang memang angin bagus untuk terbangkan layang-layang tu..Waled layan anak anak, ummi macam biasa lepak lepak santai dengan atok&nenek...Best tau lepak kat pantai ni..

Sebelum pergi semua excited tak sabar2, TQ waled rajin melayan kerenah diaorang


Mulanya waled beli layang-layang kat kedai dua ringgit, hampeh tak boleh nak main asyik nak terjun kebawah je.Agaknya tak sesuai dengan angin pantai. Nasib kat situ ramai yang jual layang2, beli la untuk Pia.Harga RM10 dah takde la yang mula2 nak jimat tu..beli yang murah sebab bukannya selalu main..last2 terpaksa juga beli yang mahal, xpela sekali sekala..

Main la ye anak anak.. ummi dengan nenek nak celup kaki kat air. Waled memang setia melayan, Atok tengah cuba nak naikkan layang layang dua ringgit tu.. sampai kesudah memang dia taknak naik..

hi mak...senyum je nenek dapat keluar petang. Seronok tengok bila mak ayah happy, walaupun ummi bawa bukan tempat mewah cukup utk gembirakan hati mereka yang kita sayang. Ummi tak kaya dari segi harta, tapi ummi janji akan sentiasa buat mak ayah bahagia, semoga ummi sentiasa diberi peluang untuk berbuat kebaikan dan menjaga mak ayah sebaiknya. Hargai mak ayah saat diaorang masih ada, usaha sedaya upaya mungkin untuk tunaikan permintaan mereka.Tiada yang lebih indah melainkan melihat mereka tersenyum. Sebolehnya taknak lansung menyusahkan dan membebankan mereka.









8 comments:

  1. bestnya duduk dkt ngn pantai... kalu musim berangin tu bkn budak2 je seronok kita pun layan main layang2 nih

    ReplyDelete
    Replies
    1. takut juga Dana, kalau time angin kuat memang seram bunyi pun dah macam pontianak bersiul..tapi kalau time angin sepoi2 memang layan..

      Delete
  2. Teringat main layang layang zaman budak dulu.... pakai kertas suratkhabar je. Gam pun guna nasi jer. Dhoif betul zaman tu. Tapi happy sangat.

    Yelahkan UP.... sementara mereka masih kuat dan sihat ni, eloklah gembirakan hati mereka

    ReplyDelete
  3. Meriahnya... rindu pula nak main layang2. dengan suasana angin kuat di tepi pantai.

    Memang bestlah, teringat zaman kanak2..

    Saya follower yang ke #5

    http://www.imaginasiklasik.com/

    ReplyDelete
  4. seronoknya main layang-layang di tepi pantai..anyway, done follow ur blog

    ReplyDelete
  5. happynya main layang-layang ditepian pantai

    ReplyDelete
  6. Ya allah..lamanya SA tak buat aktiviti macam ni sejak mak sakit..sekarang mak dah sihat boleh la SA bawak mak abah berjalan kat pantai...terima kasih sudi singgah blog SA yang ntah apa2 tu..SA follow sini juga..

    ReplyDelete

Terima kasih singgah komen..