Hujung minggu pun susah nak jumpa.Tapi umi waled tetap datang hantarkan makanan Pia,kadang letak di guard untuk Pia ambil.
Pia menangis sambil mengadu penat.Katanya tak sempat makan dengan betul,tidur pun tak cukup.Dengar saja cerita dia,hati ibu mana yang tak risau.Nak suruh dia rehat,tapi dalam masa yang sama tahu dia tengah usaha mengejar impian dan tanggungjawabnya.
Biasanya Pia akan call 4,5 kali sehari.Sekarang nak dapat bercakap pun susah.Ada hari pukul 12 malam baru dapat dengar suara.Itu pun tak sampai seminit.Umi tak sampai hati nak tanya banyak soalan,tahu Pia penat seharian,takut nanti waktu tidur pula terganggu.Jadi dapat dengar suara sekejap pun jadi lah.
Setiap penat dan pengorbanan pasti ada nilainya.Tak semua usaha terus nampak hasilnya hari ini.Kadang kita hanya nampak hasil selepas melalui banyak hari yang panjang dan melelahkan.
Pia,kalau baca tulisan umi ni,ingatlah...Umi dan waled nampak usaha Pia.Kami bangga bukan semata-mata kerana markah atau mata merit, tetapi kerana tahu berapa banyak usaha yang Pia curahkan untuk sampai ke tahap ini.
Teruskan perlahan-lahan,sayang.Jangan lupa makan,cukupkan rehat bila ada kesempatan dan jaga diri.Umi sentiasa doakan Pia💕
Semoga segala penat hari ini menjadi kenangan manis apabila Pia lihat kembali perjalanan ini suatu hari nanti.



Aduh, kita pun ikut sedih sama. Bertabahlah ye Pia. Tak lama tu.
ReplyDeleteUishh strict betul demerit tu. Tak ada warning ek.Banyak pulak tu tolak.
Jangan mudah mengalah Pia, teruskan usaha demi mencapai cita-cita Pia dan banggakan umi dan waled. Pia boleh!
walaupun tk dpt jmpa tp umi waled dtg antar makanan sedap2 tu..tkpe pia susah2 skarang utk kesenangan masa hadapan...take care
ReplyDeleteAduhhh.. sebak lah tengok pic Pia dan baca coretan umi
ReplyDeleteWalaupun dekat tapi terasa jauh bila tak dapat berjumpa. Pastinya rindu yang teramat sangat.
Acik tak tau cemana mata dikira tapi demerit tu banyak juga. Pastinya Pia sangat sibuk dan tak sempat kemas masa inspection tu.
betul sangat Dik , bila kita fikirkan memang penat anak-anak bila dalam perjuangan menuntut ilmu ni, tapi depa kena cekal dan tabah kerana ujian sebenar adalah di luar alam pengajian nanti.. All the best buat Pia . Aamiin
ReplyDeleteStay strong Pia! Setiap pengorbanan tak akan berakhir dengan sia-sia... Kipidap!
ReplyDeleteRasa sebak baca coretan Afzan. Moga terus kuat semangat Pia, Afzan dan suami. Moga Pia dapat capai apa diimpikan.
ReplyDeleteSemangat Pia! Pengorbanan, masa tidur tak cukup, dan rasa penat sekarang ni pasti akan terbayar suatu hari nanti. Untung Pia ada Umi dan Waled yang sangat memahami dan sentiasa bagi sokongan. Semoga Pia sentiasa dimurahkan rezeki dan dijangkaukan impiannya! Buat Afzan...insyaallah Pia is doing good...
ReplyDeleteBanyak pengorbanan & pengalaman duduk di asrama ni. Kena hati yang kental untuk bertahan. Semoga baik2 saja Pia tinggal di asrama ye.
ReplyDeleteSemoga dipermudahkan urusan Pia..
ReplyDeletejemput join :) https://ejulz.blogspot.com/2026/08/segmen-mencari-bloglist-2026-oleh-ejulz.html
ReplyDeleteTidak mengapa bersusah dahulu. Alamak dalam kesibukan kena potong markah pula. Semoga dipermudahkan urusan.
ReplyDeleteMoga baik-baik ajer ya....bermula dengan kepayahan...insya allah berakhir dengan kemenangan.
ReplyDeleteSemangaaàat ya pia 🤗🤗. Memang susah jalan yg dilalui untuk menuju sukses. Tp kalau pia bisa melewati ini semua, letih, kurang tidur, dan semuanya, insyaallah pia akan lebih kuat dari sebelumnya 🤗
ReplyDeleteSuatu hari nanti Pia akan rasa manisnya sebuah perjuangan & pengorbanan. Keep it up Pia!
ReplyDeleteSemoga Pia akan terus berusaha hingga ke penghujung.. insyallah pasti akan lega dengan hasilnyaa nanti.
ReplyDeleteAll the best pia...!! Semoga pia akan terus suvvess
Sayu membacanya
ReplyDeleteSemoga Ganjaran indah menyusul
Good luck Pia
Buat ibuayah semoga terus mendoakan
Ank tercinta
Aduhla, kita yang baca pun terasa sedihnya... moga yang baik2 je buat Pia, moga Pia sentiasa cemerlang dan dapat apa yang dicapai.
ReplyDeleteStay strong ya Pia. All the best. Moga cemerlang dunia akhirat.
ReplyDelete
ReplyDeleteشركة مكافحة حشرات بخميس مشيط
ReplyDeleteشركة مكافحة حشرات بخميس مشيط
Sayu baca entri ni. Semoga Pia baik-baik saja, dan terus kuat dan semangat belajar mengejar cita-cita. 🤲💪
ReplyDeleteAllah...touching pula baca luahan rasa umi kepada Pia....
ReplyDeleteHati seorang emak....kasihkan anak ya tanpa syarat...mendoakan anak ya lebih dari yang lain..ikhlasnya hanya Allah yang tahu