Friday, August 07, 2026

MENU MINGGU INI

Taklah menu yang mewah cuma masakan ringkas.

Ikan singgang warna-warni antara menu resepi daripada perkongsian Kak Amie di LD.Bila letak pelbagai sayur dan cili berwarna-warni memang nampak berseri dalam periuk.Kuahnya pula masam-masam segar.


Ayam buttermilk menu yang tak pernah mengecewakan.Kuahnya yang berkrim,rasa lemak,manis&sedikit pedas,cukup 1 lauk sampai ke petang.

Lama tak makan kacang kuda berempah.Sedap dimakan sebagai kudapan sambil tengok drama Korea.Bila dah mula mengunyah, memang susah nak berhenti.

Hari Khamis kami berdua berpuasa sunat seperti biasa.Untuk berbuka saya masak mee goreng basah.Tak perlu masak nasi&lauk,semangkuk mee goreng panas-panas dengan segelas air kosong dah cukup untuk kembalikan tenaga seharian berpuasa.

Satu lagi menu minggu ni spaghetti carbonara tomyam.Sekali sekala tukar selera daripada nasi.

Alhamdulillah minggu ni dapur tetap berasap.Harapnya minggu depan masih juga berasap.Mana tahu ada resepi daripada kawan-kawan blogger yang berjaya "meracuni" saya masuk dapur💕

22 comments:

  1. Caiyok, caiyok Afzan! 💪🏻 saya skrg ni lepas masak tak berapa nak rajin snap gambar masakan utk letak kat blog 😅

    ReplyDelete
    Replies
    1. Samo la kito... malas gak nak snap gmbr lpa masak haha

      Delete
  2. Seronok tengok menu warna warni macam ni. Membangkitkan selera gitu. Saya pun suka tengok hidangan kak Amie, berseri berselera kan.
    Sedapnya kacang kuda. Teringat dulu sukan sekolah mesti ada orang jual. Sekarang dah susah nak jumpa. Betul tu, susah nak berhenti makan. hihi...
    Kalau berdua masak ringkas-ringkas je tak beria sangat makan kalau berpuasa pun. Janji ada hidangan untuk berbuka tu.
    Pasti terpengaruh dengan masakan blogger lain, ada juga idea untuk memasak.

    ReplyDelete
  3. semua menu nampak menyelerakan..alhamdulillah..

    ReplyDelete
  4. Kalau masak sendiri kan Afzan...banyak bahan ditaruhnya. Warna warni masakan Afzan....cantik.

    ReplyDelete
  5. Wah semua menu Afzan menyelerakan. Lama dah tak buat ayam buttermilk. Anak-anak suka makan.

    ReplyDelete
  6. Kalerful... niceeee
    Macam tergoda pulak nengok spagheti carbonara tomyam tu.

    ReplyDelete
  7. Suka tengok menu berwarna warni gini. Sedap semestinya la kan

    ReplyDelete
  8. Meriah menu singgang tu .. Colorful... Menu buttermilk tu fav anakdara tp udang.. ayam die mkn juga

    ReplyDelete
  9. Alhamdulillah, nikmatnya berbuka. Resepi mee goreng basah memang simple tapi membuka selera. Moga dapur terus berasap minggu depan!

    ReplyDelete
  10. Kacang kuda kalau banyak tu untuk uncle sorang je....

    ReplyDelete
  11. Buttermilk itu memang fav saya jugaaa 😄😄. Dah lama tak buat ini. Kdg malas utk menggoreng dulu ayamnya 😄. Apalagi saya kan mengurangi yg digoreng2 sebenarnya. Tapi kalau tak digoreng, tak sedap pula.

    Blm coba kacang kuda dibuat seperti itu. Kalau kacang2an, saya memang sukaaa. Kalah dah makan, kdg lupa dah habis banyak 😄

    ReplyDelete
  12. Sedapnya kacang kuda berempah tu.. Memang ralit tu kalau makan.. Kejap je habisnya..

    ReplyDelete
  13. Wahhh feberet sepanjang zaman ni ikan
    Air asam tu
    Kacang kuda pun baguss sebenarnya kan elok mkn selalu
    Ciknur malas sikit selalunya rebus je
    Mkn sambil layan korea
    He heee

    ReplyDelete
  14. Penuh hidupan laut untuk mi goreng dan spagheti carbonara tomyam.

    ReplyDelete
  15. Bagusnya Afzan dan suami puasa tiap Khamis. Moga jadi inspirasi buat akak.

    Meriah macam-macam ada dalam hidangan Afzan 😋

    ReplyDelete
  16. Macam kak amie kan warna warni hidangannya.

    ReplyDelete

Terima kasih singgah komen..