Wednesday, July 29, 2026

WORDLESS WEDNESDAY~9 TAHUN LALU


Gambar Ummi&Pia 9 tahun yang lalu.Masa tu Pia masih tadika.Tengok gambar ni terus rasa macam sekejap sangat masa berlalu.

Dulu boleh peluk,boleh cium,boleh ajak jalan-jalan bila-bila masa.Sekarang Pia dah besar,dah pandai berdikari.Ummiwaled pun dah tak sentiasa visit Pia di asrama setiap minggu.Rasa rindu zaman Pia kecil.

Tak sabar nak tunggu esok Pia boleh balik!Hampir 2 bulan juga tak dapat balik.Dapat cuti 3 hari sempena Hari Keputeraan Sultan Pahang.

Cuma dah boleh bayangkan,hari Ahad nanti mesti mula moody nak kena balik semula ke asrama,nak tunggu hampir sebulan lagi untuk cuti panjang hujung Ogos nanti.

Begitulah kehidupan mak-mak yang anak duduk berjauhan.Bila anak balik,masa rasa berjalan terlalu laju.Bila anak pergi,masa pula terasa lambat sangat.


27 comments:

  1. Beautiful old picture. Thank you for sharing. Warm greetings from Montreal, Canada ❤️ 😊 πŸ‡¨πŸ‡¦

    ReplyDelete
  2. Afzan kuat. Kalau saya tak kuat nak berpisah dgn anak2. Tak tau la macamana nak handle emosi nanti bila dieorg masuk universiti πŸ₯Ή

    ReplyDelete
  3. Sekejap je masa berlalu kan. Besar dah anak2, moga semuanya cemerlang dunia akhirat

    ReplyDelete
  4. Tak pernah ada pengalaman anak duk asrama. Tapi faham la perasaan mak2 tu.

    ReplyDelete
  5. Sekarang dia dah tak boleh berdiri dalam kereta cam tu dah... hehehhee

    ReplyDelete
  6. Bila dah usia purba macam wak ni, anak2 dah ada kehidupan sendiri, tinggal berdualah semula.

    ReplyDelete
  7. Cepat je masa berlalu. Kejap je dah besar. Bila berjauhan ni memang sentiasa rindu. Kena sabar banyak.

    ReplyDelete
  8. bila anak sorang dok asrama begitula perasaan kan ..akak yg anak masuk kolej lps 18thn t pernah berjauhan pn begitu la perasaan...walaupun tiap2 minggu bole blk umah tp suasana mcm dlu tu tk sama..apa2pn smoga anak2 kita smua dipermudahkan segala urusan walau di mana jua berada

    ReplyDelete
  9. uih 2 bulan tak balik? Ammi pun tak sabar nak jumpa si bujang dan Kyra. Dua-dua ni dah sebulan tak balik.

    ReplyDelete
  10. Dulu masa diorg kecik, cepatlah besar. Dah besar ni, rasa nak suruh jadi kecik balik pulak haha... Angah 3 minggu x balik, esok In Sha Allah boleh PB

    ReplyDelete
  11. Tak jumpa sehari pun dah macam sebulan, inikan pula 2 bulan tak jumpa. Huhuhu

    ReplyDelete
  12. Pernah jugak 3 minggu Dania x balik...tapi bila balik tu..akak masak macam2..hahaha...balik 2 hari je lepas tu dia balik semula ke Kolej...

    ReplyDelete
  13. Ha rindu kan tgk bdk² kecil... kalau bole putar blk masa tu haha... skrg ni dah besar, memasing dah tak nak jalan² ngan kita hahaha...

    ReplyDelete
  14. Kena habiskan masa betul-betul bersama dengan Pia apabila balik 3 hari.
    Mesti macam-macam program dah rancangkan?

    ReplyDelete
  15. Rindu juga kat anak-anak time kecikk, now anak Sis semua dah kawin dan duduk asing.. rindu betul..

    ReplyDelete
  16. Betul kan rinduuu ank2 kecik dulu
    Kadang duk berdua dgn suami ank2 masing2 ada xtvt mereka
    Begitulahh kehidupan
    Ciknur selalu fikir mcm ni la perasaan arwah mak dulu agaknya
    Ank2 ramai tp berjauhan dgn kehidupn masingg
    Tentu sunyiii 😭mula la nk nangiss teringatt …

    ReplyDelete
  17. Dulu saat saya kuliah di Penang, 4 tahun tak pernah balik ke Medan 🀣. Tapiiii papa mama rutin lah ke Penang. πŸ˜„. Itu yg buat saya tak perlu balik Medan. Lagipun Krn kuliah di college swasta, libur kuliah tak pernah lama. Beda dengan yg govt punya . Even libur raya pun hanya pas tgl merah di college saya. πŸ˜….

    Makanya dah prepare lah, kalau nanti anak dah start kuliah jauh, memang hrs kuat lama tak ketemu mereka. Apalah rasanya yaa πŸ˜….

    ReplyDelete
  18. anak dara nan seorang memang la gitu kan, bila balik cuti tu la nak bermanja nya... tup2 dh kene masuk semula kn.

    ReplyDelete
  19. Afzan dan Pia sama-sama kuat, sanggup berjauhan demi masa depan. InsyaAllah terus kuat ya.

    ReplyDelete
  20. Amat memahami sebab saya pun sangat rindukan anak sulung saya yang di asrama tu. Kadang2 terfikir, adakah saya buat silap sebab ikutkan hajat dia nak masuk sbp? Tapi dia layak, jika halang, adakah saya selfish? T_T

    ReplyDelete
  21. Sayu akak baca entri Afzan ni. Anak seorang pula, jarang pula balik. Kena redha dan sabar ya, Afzan. Demi masa depan Pia yang cerah, Insya-Allah.

    ReplyDelete
  22. Cepat je kan masa berlalu...tau-tau dah 9 tahun berlalu...

    ReplyDelete
  23. walaupun anak linda ada 4, tetap terasa bila tak cukup...

    ReplyDelete
  24. Sekejap je masa berlalu ni Afzan...budak dalam gambar dah besar dah.....

    ReplyDelete
  25. Alolo comeynya Pia.
    Semakin busy lah eh Pia kalau tak mau tiap² minggu umiwaled visit.
    Wafi baru balik minggu lepas.. pun akak dah rindu. Ni kalau dia soh datang visit next week mau akak beli tiket ETS terusπŸ˜†

    ReplyDelete

Terima kasih singgah komen..