Thursday, May 14, 2026

DANGAU,LANGKAWI

 Akhirnya sampai juga di Dangau Langkawi.Memang cantik suasana dekat sini,tenang dengan angin kampung yang bertiup perlahan.

Yang paling memukau mata suasana sawah padi di sekeliling Dangau.Hijau terbentang luas,ditambah pula dengan angin yang nyaman,memang rasa damai sangat.Bila angin bertiup perlahan,pokok-pokok padi bergerak beralun cantik macam ombak hijau.Pemandangan yang paling mahal nilainya.

Dapat duduk makan sambil tengok sawah padi,hirup angin kampung.Momen macam ni lah yang buat hati rindu nak kesana lagi.
Hati ni dah mula rindu Langkawi pula.Rindu suasana pulau.Tapi nak jejak lagi entah bila la...Dengan jadual Pia yang makin pack sekarang.Tahun depan dia dah nak exam IGCSE,tapi sekarang dah mula penuh jadual dengan kelas,assignment dan aktiviti maktab.
Bila anak makin besar,jadual keluarga pun perlahan-lahan berubah.Dulu boleh plan trip hari bekerja,sekarang hari cuti pun kena tengok kalendar maktab dulu.

Friday, May 08, 2026

First Try

Dah lama geram tengok blog Kak Mulan selalu buat focaccia bread.Nampak cantik setiap kali Kak Mulan post gambar.Dalam hati selalu cakap mesti cuba buat juga ni

Akhirnya menjadi juga percubaan pertama saya.Alhamdulillah untuk pertama kali tak tau la jadi ke tak ni😂

Saya letak tomato ceri bentuk bunga, bawang kecil di tengah, daun parsley dan capsicum kuning. Sebelum bakar elok cantik tersusun,bila keluar oven capsicum berkumpul setempat hahaha

Bau olive oil dengan herba tu semerbak harum satu rumah.

Lepas ni rasa macam nak buat lagi dengan topping lain pula.Maybe boleh cuba mushroom,olive atau bawang putih.Betul la orang cakap,kadang kita cuma perlu cuba je dulu.Tak cuba memang sampai bila-bila dok geram tengok hasil orang.

Walaupun tak sempurna macam Kak Mulan buat,tapi untuk first focaccia ni saya bagi markah lulus dengan bangganya hahaha 🙈




P/S : Kak SK ada tag assigment,tapi mcm duedate dah tamat..minta maaf Puan lecturer.anak murid ni kelas belakang..ampun..