Wednesday, April 30, 2025

SKYWORLD THEME PARK GENTING HIGHLAND

Cuti CNY lepas bawa Pia bercuti ke Genting Highland 2D1N

Jom genting jom katanya hadiah untuk Pia sebab berjaya dapat Anugerah Penghormatan Pengetua kali ke-2..disebabkan umiwaled dah lanjut usia kena bawakan Pia kawan,maklum la umiwaled dah tak muda macam dulu,jantung pun dah tak kuat nak layan adventure game

Ajak sepupu Pia pergi,bertolak lepas solat Subuh dari rumah mak tak masuk highway,saja nak lalu jalan kampung.Sampai Temerloh pukul 8 siap sarapan apa semua baru masuk LPT.


Tips nak pergi theme park ni kena beli tiket online sehari awal,then kena sampai awal.Sebabnya kalau tak memang tak sempat nak main banyak permainan..dah guna fast lane pun tetap juga lambat sebab terlalu ramai orang.

Sampai puncak Genting Highland dalam pukul 11,tak perlu beratur panjang terus boleh masuk.Cuaca pula sejuk-sejuk manja saja,langit cerah memancar cahaya matahari tapi tak panas.


Umiwaled boleh la santai-santai berjalan pimpin tangan&makan icecream berkongsi suap (alasan padahal icecream 1bekas kecil tu RM19)๐Ÿ˜Ž
Pia dah ada kawan nak teman dia main.


Dah alang-alang Pia dah lama duk sebut nak makan fish&chip kita cuba makan Harry Ramsden yang orang duk sebut famous tu tapi bagi saya biasa je tak sedap pun tak faham kenapa famous.Harga jangan cakap la dekat genting ni mana ada yang murah.

Waled bagitau taknak dah datang Genting,dah banyak kali datang sini dari Pia umur 5 tahun dah jemu katanya..kalau Pia dah besar nanti teringin nak ke Genting lagi datang sendiri,umiwaled dah tua tak boleh nak ke Genting lagi kata waled...๐Ÿ˜“












Saturday, April 26, 2025

Giveaway Tot's Blog



Nampak semua dah join agaknya saya orang paling last.

SYARAT-SYARAT GIVEAWAY TOT'S BLOG 

1. Follow TOT'S BLOG

2. Tulis entri bertajuk 'Giveaway Tot's Blog', copy and paste banner giveaway di atas di blog anda dan backlink ke entri Giveaway Tot's Blog

3. Tinggalkan komen di entri ini, url entri anda.

4. Pemenang dipilih secara rawak. Sebab tak tahu berapa orang yang akan masuk. Seandainya habis tarikh akhir dan 9 orang sahaja yang masuk, maka semua peserta dapat hadiah. Pemenang akan dipilih secara rawak menggunakan roda pusingan (random name picker).

Good luck semua,saya dah tak sabar nak tanam pokok bunga matahari ni๐Ÿ˜‚


Wednesday, April 09, 2025

Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin

Alhamdulillah taqaballahu minna wa minkum sekejap je masa berlalu hari ni dah 10 Syawal.Sepanjang cuti raya tak jenguk langsung blog.Bukan raya sakan tapi busy pi mai pi mai tang dapur.Tahun ni raya pertama di rumah mentua.Raya ke-2 baru balik rumah mak saya.Ramai betul tetamu rumah makmentua dari pagi bawa ke malam,geng dapur ni tak kering tangan cuci cawan,mangkuk.Hari raya pertama memang tak dapat nak keluar ziarah raya.

Buat pertama kalinya saya tak masak untuk hidangan raya pertama sebab ada abang ipar dari Terengganu balik rumah makmentua yang jenis tak makan air tangan orang lain selain dari masakan isteri dia..Hooray hoorey la kami boleh santai-santai main bunga api malam raya.

3 hari sebelum raya sempat buat tapai daun getah,buat tak banyak sekilo beras pulut saja.Daun getah pun kena beli sekarang ni,1 ikat 6ringgit๐Ÿ˜–


Pagi raya ke-2 baru dapat masak sendiri lodeh,nasi impit,kuah kacang,ayam masak merah dan sambal tumis bilis.Baru rasa puas hati dapat makan lontong di hari raya.Mulanya teringin nak buat lontong daun pisang,tapi macam biasa la kerja nak cepat je..

Masih belum terlambat lagi kan nak share gambar raya...


Selamat hari raya maaf zahir dan batin kepada semua yang mengenali kami.