Bulan puasa sebulan haritu berat badan saya tak turun langsung,duk statik 54.9,berangan bila puasa boleh turun 2-3kg tambah pula makan tak selera anak tak ada depan mata😆
Ramadhan hari tu saya kerap sangat sakit kepala,duk ingat sebab cuaca panas.Tapi keluar pagi tak kena matahari lagi,balik petang pun dah redup.Bila waled bagitau panasnya tengahari saya jawab tak panas pun,iye lah orang tu naik motor gi kerja asal tengahari lari balik rumah tidur.Saya pula seharian bawah aircond mana nak rasa bahang tengahari.
Bila dah kerap sangat sakit kepala hati jadi risau la kan,kalau dulu tiap kali ABC je sakit kepala,kali ni boleh kata setiap hari.Nak tak nak pergi juga check
Bila dah tau result jadi susah hati la plk.Kolestrol tinggi dan gula pun tinggi sikit.Padahal saya memang dah lama tak minum air manis tapi mungkin sebab ambil nasi berkanji terlebih.Kerja pula jenis duduk mengadap komputer tak keluar peluh langsung.Kena la kurangkan portion nasi dan buah manis.
Jadi datangla insaf sekejap tak tau la sampai bila ni boleh istiqomah.
Umur dah tengah 40an ni penyakit dah mula nak datang.
Sekarang ni lebih kepada nak jaga kesihatan,bukan nak kurus sebab nak cantik.Janji sihat&bertenaga.
Ringan tu, Afzan, 54.9 kg saja. Sudah insap ni, tak makan nasi, nanti lagi turun berat Afzan kang, senang ditiup angin. Akak gurau, tau. :D Semoga dapat kurangkan kolesterol dan gula. Chaiyok, Afzan!
ReplyDeleteNak kurangkan gula buat apa, tau. Lari. Jadi cam akak, lepas makan pun gula dalam darah 5.4. Tak pernah capai 6.
Betul, setuju dengan perenggan akhir
ReplyDeleteSaya pun risau kalau bacaan gula dalam darah agak tinggi. Biasanya kalau rajin beraktiviti keluarkan peluh biasanya turunlah bacaannya. Dan minum air kosong banyak-banyak.
ReplyDeleteItulah kadang faktor gula tinggi sebab makan nasi lebih.
ReplyDeleteNasib baik pergi pemeriksaan kesihatan, boleh buat apa yang patut.
Harap2 insoff berpanjangan
ReplyDeleteBagus buat pemeriksaan kesihatan macam ni. Nanti boleh betulkan apa yang patut.
ReplyDeleteSaya jadi ingat planning nak MC. Sebenarnya june esok nak bawa papa MC di mount mirriam Penang. Nak Konsul dengan doctor di sana.
ReplyDeleteTapi jadi terpikir apa saya sekalian saja nak MC juga, supaya tahu setidaknya gula dan kolesterol apa msh aman 😅. Terkadang walo jarang makan manis, tapi diabetic ini bukan hanya dari gula . Jadi memang hrs cek.
Saya jadi ingat planning nak MC. Sebenarnya june esok nak bawa papa MC di mount mirriam Penang. Nak Konsul dengan doctor di sana.
ReplyDeleteTapi jadi terpikir apa saya sekalian saja nak MC juga, supaya tahu setidaknya gula dan kolesterol apa msh aman 😅. Terkadang walo jarang makan manis, tapi diabetic ini bukan hanya dari gula . Jadi memang hrs cek.
marila kite pakat buat IF.. kite mkn byk2.. xde mslh, tp mkn lauk shj.. dan mkn ikut waktunya.. seminggu sekali atau sebulan sekali kite raya la.. :D.. meh la.. jom...
ReplyDeleteSlim molek ni sis :)
ReplyDeleteMudah-mudahan istiqamah, dan dijauhkan dari segala penyakit hendaknya...
Uncle senang... tak timbang. Sebab tak tau maknanya tak risau....
ReplyDeletekurus lagi tuuuuu....eh..eh..jeles la...akak ni tengh hormon x stabil..patut dah period tapi x period, check upt negative dah 3 kali check, ah malas nak fikir la...hahahaha....
ReplyDeleteSyukurlah Afzan pergi check. Dah tau result, bolehlah usahakan apa yang patut. Mungkin kena tambah aktiviti senaman.
ReplyDeletekurus lagi tu ummi pia! hehehe
ReplyDeleteSihat yang utama, kurus tu kira bonus 🥰
ReplyDeleteSemoga terus istiqomah.
Bila dah masuk Remaja Purba ni risau bila sakit datang, hari tu check, kena kawal dari segi pengambilan pemakanan.
ReplyDeleteNak kurus? siapa tak nak? tapi itu kira bonus dalam usia macam ni.
btul tu...bila usia dh makin meningkat ni pemakanan kena jaga...nk sihat...kurus tu bonus tp berat angka dpn no 5 tu masih ok....
ReplyDeleteLepas Raya ni check jugak semua tu, terlebih sikit bordernya. Moga kita sama2 jaga dan kekal sihat. Tunggu habis Syawal baru jaga betul2 hehe :)
ReplyDeleteGreat blog
ReplyDeletePlease read my post
ReplyDeletekurus dah tuuuu
ReplyDeletetu laa sy ni pun sama jg
bila laa nak insaf
haihhh
nasi tu payah juga nak elak
ReplyDeletejenis yg kalau lauk sedap
makan bertambah2 nasi
susahn nak stop🥹
betul..jagan makan & exercise sbb nak sihat, kurus tu bonus la kan. he he.. moga istiqomah.. MA pun dok cari mood nak mula balik ni...alahai
ReplyDeleteBila anak takde depan mata kan memang kadang kita teringat anak....err walaupun anak 7km jauhnya masa tu.....tapi sekarang alhamdulilah anak dah depan mata. Faham perasaannya tu.
ReplyDeleteBadan ni makin kita berusia makin kurang metabolisme kemudian susah pulak nak turunnya tu.....moga berat badan yg Afzan inginkan tercapai ya....
Kalau BMI okay, okay lagi tu kalau tak turun berat badan. Bila sakit lama-lama ni kita jadi risau kadang. Sama-samalah kita jaga kesihatan. Semoga sihat-sihat je hendaknya. Aamiin...
ReplyDeletebetul...kita amalkan pemakanan sihat, amalkan senaman bukan nak langsing tapi nak sihat. zaman langsing ala-ala hour glass sudah berakhir
ReplyDeleteinsyaallah jaga makan, boleh kurus, hebat puan
ReplyDelete