Friday, December 29, 2023

3h2m di Johor Darul Takzim

Birthday trip Pia yang tertangguh.Bulan September haritu Pia sibuk dengan aktiviti sekolah.Perancangan awal tahun nak ke Legoland tapi pertengahan tahun dapat tahu sekolah Pia dah rancang nak buat lawatan tahun 6 ke Legoland.Dan kebetulan saya memang nak ke rumah adik bongsu di Tampoi sejak dia pindah ke sana 3 tahun lepas kami belum pernah sampai lagi rumah dia.Sesambil tu boleh la tunaikan janji birthday trip Pia awal tahun haritu dah tukar nak ke Adventure Waterpark Desaru Coast.

Sejak Pia umur 7 tahun saya dah tak belikan hadiah bila hari lahir dia tapi diganti dengan holiday trip.Umi waled cuba cipta memori untuk kenangan Pia bila dah besar nanti.Walaupun trip biasa-biasa dan murah-murah je janji ada kenangan untuk dikenang.

23hb Disember 2023 gerak la kami 3 beranak ke selatan tanah air.Percutian ni pun hampir-hampir nak cancel juga sebab cuaca tak menentu.Booking hotel pun banyak kali cancel,bila dah last minute hotel dah banyak penuh akhirnya dapat hotel biasa je.


Pia tanya ni birthday trip Pia ke umi?sebab semua tempat makan yang nak pergi ni makanan yang umi teringin😂

Sampai JB dalam pukul 2petang.Terus waze ke Warung Pak Akob nak makan nasi beriani Johor.Tekak ni dah lama teringin,haritu sempat la tanya Kak Sari Yusa mana kedai nasi beriani yang sedap,kak SK yang suggest tempat ni.Nak masuk Tanah Jauhar kena la tanya pendapat otai di sana kan...hehehe

Warung Pak Akob tempat viral rupanya...kemain ramai orang,tempat parking kereta dia luas tapi full.Terpaksa waled parking jauh sikit&saya turun beratur dulu.Hati dah mula risau ni,risau lambat dapat makan dah la tengah penat,lapar ni.Tapi tak lama pun beratur sekejap je,tak sampai pun 5 minit.

Weh kenapa harga nasi beriani dia murah,kuantiti banyak sebukit dia letak nasi.Terus tak jadi nak order sepinggan sorang,bisik dengan Pia ajak dia kongsi makan.Ambil dua pinggan je 1 nasi beriani ayam merah dan untuk waled nasi beriani kambing,air teh o panas 2+1 bekas laicikang.Total RM30.00.

Tempat makan macam pergi makan kenduri.Tempat selesa.Kedai dia santai-santai je dalam kampung.Siap ada termbikai percuma lagi.

Lupa nak ambil gambar nasi sebelum makan,punya la teruja dapat makan beriani.Tu nasi dah siap letak dalam pinggan Pia tapi masih banyak.Lauk dia timbun dalam nasi.Daging kambing diberi banyak,lembut je dagingnya.

Rasa 10/10.Perfect! TQ KAK SK suggest tempat makan sedap.

Dah siap makan lagi sekali on waze nak ke rumah ucu,warung pak akob dengan The Aliff Residence cuma 10minit tapi tetap buka maps tak biasa tempat orang kan..

Yeay kakak Pia dah jumpa adik sepupu dia Sofea..

Petang lepas asar Ucu ajak turun mandi kolam.

Suka la DakPia dah lama dia tak guna pakai insang dia tu.

Time ni tak hujan tapi angin kuat.Sejuk sampai ke tulang.Mak-mak duduk tepi je dah lama tak bersembang.Walau whatsapp hari-hari tapi bila berjumpa tu ada je cerita.

Lepas isyak Ucu ajak keluar makan,untuk dinner ni saya ikut aje lah kemana empunya badan yang nak belanja bawa.Dalam hati memang teringin nak makan mee rebus Johor.Mulanya Ucu nak ke Restoran ZZ Sup Tulang.Saya dah siap google dekat situ ada menu mee rebus Johor tapi tak jadi sebab cuaca berangin macam nak hujan.Katanya tempat tu open air.

Ucu bawa kami ke sini AlMizan Satay House BBU.Masing-masing dah kenyang sebenarnya tapi hati teringin macam-macam.Jadi order satay dan mee bandung je lah semangkuk,makan share-share.Order banyak nanti tak habis membazir plk kan.




Ni Ucu order satay madura untuk saya rasa.Katanya sebab saya belum pernah makan.Memang betul ni pertama kali saya makan.Lain sikit dari satay biasa,kuah kicap kacang pedas bukan juga satay perap macam satay Malaysia.Bagi saya ok boleh makan tapi lagi sedap satay daging dia.








 

Friday, December 15, 2023

BEKAL MINGGU AKHIR SEKOLAH TAHUN 2023

Last bekal sekolah minggu ni untuk tahun 2023.Boleh rehat dulu untuk 2 minggu.
Dah genap 6 tahun rutin Pia bawa bekal setiap hari.Menu bekal biasa-biasa ikut tahap kerajinan uminya.
Kalau terlebih rajin ada la 3 menu setiap hari.

Kalau rajinnya sikit cuma 1 menu dari pagi sampai ke petang.Yang paling Pia suka bekal nasi putih,ikan goreng dan kicap.Menu ni hari-hari pun takpe.

Dah jadi rutin juga bagi saya siapkan sarapan pagi dirumah,bekal sekolah Pia dan menu tengahari.Rasa tenang dengan nikmat ni.Biarlah semua ni akan jadi memori yang tak dapat dilupakan sampai Pia besar nanti,biar dia terkenang-kenang air tangan uminya😆
Uminya pula kononya ala-ala mak mithali la nak cuba buat yang terbaik untuk suami&anak.Tapi hari Sabtu&Ahad tukang masak cuti hehe

Bila dapat siapkan semua ni rasa puas hati,tak tau macam mana nak gambarkan.
Kalau ikutkan bukanlah satu kemestian pun.Saya boleh je pilih untuk tidak buat semua ni.Pagi-pagi nak kena bersilat dekat dapur tambah lagi nak kena bersiap pergi kerja.Sebenarnya tak perlu pun nak susahkan diri.

Tapi ntah la bila tak masak nanti rasa bersalah pula.Sikit pun tak rasa penat sebenarnya cuma setiap hari duk fikir menu apa nak masak yang mudah dan cepat siap sebelum 5.30pagi.

Sementara masih berpeluang nikmati je lah dengan indah.Simple tapi enjoy.Ambil peluang sambil-sambil siapkan bekal sambil berdoa buat buah hati tercinta.

Dengan harapan juga moga ada sedikit yang boleh menjadi pemberat mizan umi di akhirat nanti....


 

Thursday, December 14, 2023

HARI KANAK-KANAK SEKOLAH PIA

 Tahun terakhir buat Pia merasai sambutan hari kanak-kanak.Tahun depan dah masuk alam remaja.

Kali ni sambutan dekat sekolah bertemakan Kerjaya.Cita-cita Pia nak jadi Pilot,sebelum tarikh sambutan berhari-hari duk tanya saya dia nak pakai baju apa,malas pula saya nak pergi cari sewa seragam Pilot,nak pakai sekejap je kos sewa mau RM150 keatas,bukan nak masuk pertandingan pun just meraikan sambutan.

Bila suggest jadi cikgu taknak pula,katanya dah ramai kawan-kawan dia jadi cikgu.Yela pakaian cikgu paling senang kan.

Bila dah dipujuk-pujuk akhirnya pakai baju kerja umi je hahaha
Kemeja,blazer,pants semua umi punya tak ada sewa-sewa,necktie ambil yang waled.
Cikgu kelas hantar gambar ni,saya ingatkan Pia masuk pertandingan pakaian kerjaya,tak kan la nak masuk juga pertandingan budak ni pakai baju biasa-biasa je.

Bila cikgu hantar satu lagi gambar ni katanya Saffiyyah dapat anugerah.
Tapi sementara nak tunggu naik pentas tu gayanya macam dah rimas sangat,kemeja dah keluar,tie pun dah longgar...

Balik sekolah saya tanya kenapa naik pentas dengan baju macam tu,Pia jawab baju umi kecik sangat Pia panas,memang badan dia lagi besar dari saya,aishh la anak umi cuti sekolah ni diet la sikit😅

Anugerah Ikon Sahsiah Terpuji wakil Tahun 6 katanya.
Alhamdulillah moga Pia sentiasa berdisiplin dalam hal keduniaan&hal berkaitan ibadah kpd Allah,sentiasa memelihara lidah,bersifat pemalu,lemah lembut dan sabar.

Moga Allah sentiasa hiasi Pia dengan akhlak yang baik.
Yang Indah itu bahasa,yang molek itu pekerti.







Saturday, December 09, 2023

PIA OUTING

 "Umi, nak join kawan-kawan outing pergi mall boleh tak?Pia nak ada kenangan keluar jalan-jalan dengan kawan sekolah,tahun depan dah sekolah menengah mesti dah susah nak jumpa", Pia minta izin.

"Tanya waled dulu".Itu saja jawapan Umi.Rupanya Pia diam-diam masuk bilik menangis dia sangka umi tak setuju dengan permintaan dia.

Bila waled tanya nak ke mana,tak ada arah tuju just nak pusing-pusing mall.Waled tak setuju la kan anak masih bawah umur nak keluar sendiri.Tak nak bagi nanti merajuk mental stress pula,nak biarkan pergi salah juga.Memang keberatan la kan nak lepaskan anak keluar dengan kawan-kawan,umi pun rasa insecure

Waled cadangkan pergi tengok movie,tapi sekarang ni tak ada cerita yang best.Kata waled beli kan aje cerita kartun.Nanti waled hantar sampai depan pintu GSC dan tunggu sampai habis movie.So diaorang tak boleh nak pusing-pusing mall la gayanya😂

Disebabkan waled yang cadang tengok movie maka waled la yang kena belanja tiket untuk semua 😆

Meh la bergambar dulu nanti hantar bagi mak masing-masing supaya mak ayah diaorang pun tak risau.Umi waled tunggu sampai diaorang dah masuk hall baru lah kitaorang pula yang pusing-pusing mall sementara tunggu anak.

Umi dah siap-siap pesan ini yang pertama kali dan terakhir tau...dah tak ada outing dengan kawan-kawan lagi lepas ni.Bukan apa kan lebih kepada risau keselamatan diaorang sebenarnya,kecik-kecik lagi semuanya.InsyaAllah dalam jagaan dan lindunganNya selalu.Umi waled kena juga bagi ruang untuk anak yang dah nak masuk alam remaja tapi dengan bersyarat tau batas waktu&pergaulan.
 
Sementara tunggu anak,umi ajak waled ke sini nak minta waled belikan microwave,yang sediaada tu dah berbulan rosak,waled cakap nanti dia baiki tapi dah lama sangat tak baiki-baiki pun,kita minta yang baru terus la kan senang cerita.

Ada masa lagi 1/2 jam Pia nak keluar hall, nak pergi kupi-kupi saya pula tak boleh minum kopi nanti kepala tingtong.Pilih masuk cafe yang ada bingsu.Sempat la bercerita apa yang berlaku sepanjang minggu di pejabat.Maklum la hari bekerja tak ada masa nak borak panjang.