Monday, October 31, 2022

MAKAN-MAKAN DI JAMAN TORY INDERA MAHKOTA

Sementara tetamu masih ada di rumah.Kali ni saya pilih untuk meraikan mereka dengan signature dish orang Pahang.Saya bawa mereka ke restoran paling sedap di Kuantan saya berani jamin memang pohpaleh sedak weh😂
Restoran Jaman Tory yang terletak di dalam kawasan perumahan Indera Mahkota 2.Lebih kurang 10-15 minit dari Bandar Kuantan.Jaman Tory kalau diikutkan kamus loghat Pahang Zaman Tori maksudnya zaman dahulu kala orang Pahang sebut zaman Tok Adam.Orang Pahang cara sebutan percakapannya 'leweh'(intonasi bercakap lemah longlai) mengikut aliran air sungai Pahang.Loghatnya berbeza daripada hulu sungai hingga ke hilir sungai.Yang saya tahu cerita-cerita orang lama katanya kelajuan bercakap loghat Pahang ditentukan dengan kelajuan air sungai.Kalau dihulu(Jerantut,Lipis,Raub,Temerloh) airnya laju maka mereka pun akan bercakap laju,disebelah hilir(Kuantan,Pekan)air sungainya sudah tenang untuk sampai ke muara jadi cara bercakap dengan kelajuan perlahan.Loghat dihulu lebih susah nak faham sebab mereka cakap laju😅
Saya pilih set kelah untuk keluarga pakndak&makndak.Untuk keluarga ucu saya ambil set tenggalan tapi harga tu dah berubah ada kenaikan sikit lebih kurang tambah RM10.Tengahari memang waktu puncak terpaksa tunggu giliran meja untuk duduk.Dalam restoran dah agak sesak tapi saya tetap nak bawa tetamu rasa keenakan masakan tempatan asli.Risau juga tetamu tak selesa,yang paling saya risau waled ajak makan di tempat lain.Dalam hati duk la berdoa cepat dapat meja dan anak-anak buah sabar jangan mengamuk.Bila lagi kan nak rasa ikan patin tempoyak paling sedap nanti dah balik tempat masing-masing saya yang menyesal tak dapat belanja diaorang hihi
Menu yang paling kick Patin Bakar Tempoyak.Rasa fresh ikan patin dan tempoyak dia memang A++.Ada orang yang tak boleh makan ikan patin tapi kalau datang sini confirm boleh makan bertambah.Hidangan datang dengan berapi-api haha gimik je tu.Saya boleh jamin suapan pertama tu dah terpejam-pejam mata nikmatnya😁

Setiap set hidangan gulai asam rong patin,gulai patin tempoyak dan daging salai datang sekali dengan ikan pekasam,ulaman dan sambal tempoyak lauk ni memang paduuu betholl ye kadang terlupa ada hidangan lain.Budak-budak diaorang duk ratah ayam kampung dan puyuh goreng je.

Terima kasih keluarga pakndak,makndak,ucu dan paksu sudi singgah ke rumah kami.Ada kawan-kawan yang datang Kuantan singgah la ke restoran ni memang saya high recommend.Boleh tengok instagram jaman_tory_resepi mesti lagi tak sabar nak cuba makanan tradisi Pahang.

Waze:Jaman Tory resepi
No.A15 Indera Mahkota 2, Kuantan
Tel:019-9988212 
Operasi:12pm-1am









 

Friday, October 28, 2022

MAKAN-MAKAN DI ANA IKAN BAKAR TANJUNG LUMPUR

Semalam tak sempat nak update.Bila dah mula sekali xupdate ni nanti ada la jelmaan M datang kena cepat-cepat lawan kalau dah parah nanti kena rukyah😂

Sesekali cuti panjang ada adikberadik datang Kuantan moh ler kita makan-makan.Mana lagi nak pergi dalam Kuantan ni pusing-pusing situ juga la.Cafe hipster muda-mudi banyak,nak lepak makan dessert minum kopi macam tak sesuai.Nak kena cari tempat open air kalau tidak tak puas bernafaaas ramai-ramai ni.
Kali ni bawa keluarga Pakndak,Makndak dari Semenyih.Diorang baru 1st time makan di restoran Ana Ikan Bakar Tanjung Lumpur.Kami bertiga dah kerap sangat datang,asal ada tetamu luar akan bawa datang makan di sini.
Seronok makan ramai-ramai,biasa makan bertiga makan pun memilih semuanya kurang sikit la enjoy tu.Nak datang sini kena datang awal,kalau waktu puncak tu memang susah nak dapat tempat parking kereta dan meja.Kena beratur dan tunggu turn.Bagi yang kurang tahap sabar macam saya better pilih waktu petang sebelum maghrib.Boleh enjoy makan tak perlu tergesa-gesa dah ada orang tunggu nak meja dan kerusi kita huhu 

Kali ni saya pilih ikan merah bakar. Kalau tak nak bakar pun boleh minta nak goreng atau stim.Tapi dah killer menu disini ikan bakar petai kan jadi kita pilih yg disebut-sebut tu untuk tetamu.

Ambil lagi ikan bawal emas dan siakap pun bakar petai.Kalau makan bertiga ni habis dikuisnya petai letak tepi,saya nak makan pun tak di bagi katanya nanti busuukk..aiyoo dua orang ni kan😇
Ketam telur masin ambil 6ekor buat 2pinggan untuk budak-budak.Leka la diaorang mengorek isi ketam.Bagi saya agak kering kalau moist&creamy lagi sedap nak makan dengan nasi.
Sotong celup tepung ni sedap ratah.Mulanya risau tengok sotong besar-besar kot liat tapi dah tak ada pilihan ambil juga nasib baik elok lembut.Sekejap je licin pinggan.
Lala sweet sour.Saya ada juga ambil siput buluh masak sambal rasa macam dah ambil gambar bila tengok semula tak ada dalam galeri.Saja la ambil siput buluh tu nak bagi tetamu rasa,waled tanya kenapa ambil ni sapa nak makan,dia ingat orang lain pun sama dengan dia memilih makan,kita ni apa yang pelik tu la nak dicuba.

Tetamu kata puas hati kita pun happy la kan walaupun kita yang dah biasa ni kata biasa-biasa je😂
Alhamdulillah tetamu datang bawa berkat dalam rezeki kami ada bahagian untuk mereka.


Wednesday, October 26, 2022

WORDLESS WEDNESDAY~AISKRIM KELAPA

 

Aiskrim kelapa yang diletak dalam tempurung kelapa.Kalau orang pahang cakap 'pohpaleh sedak wehh'means sedap sangat la tuu😂yang ni toppingnya ada sejemput kuih pemanis mulut jalamas.Sedap isi kelapa muda pun banyak.Aiskrim cukup rasa lemak manis.Tapi budak Pia sorang ni jangan disua walau sesudu tutup rapat mulutnya.Memilih betul kalau bab makan.Harap dah besar nanti hilang perangai memilih makan tolak kayu&batu je

Tuesday, October 25, 2022

MAKAN DI SUNGAI LEMBING STEAKHOUSE

 

Dah lama teringin nak makan steak di sini.Tapi selalu tertangguh hasrat murni tu kononnya nak mencari tempat yang lagi ok,tapi Kuantan ni mana la banyak sangat pilihannya.Sebelum pergi memang dah maklum harga makanan di sini agak pricey.Jadi sebelum pergi saya dah bersedia ambil tahu menu-menu yang ada dan harganya.So kita boleh adjust bajet kita😁
Sampai lepas maghrib orang dalam restoran belum ramai.Pilihan daging pun masih banyak mungkin kami datang awal.Ada daging import premium dan ada juga dari ladang sendiri.
Carbonara seafood kononnya order risau tak cukup kenyang makan daging je.Orang kampung gitu lerr😂Tak lama menunggu waitress cekap laju.Staff pun mesra.
Saya pilih terderloin premium medium rare.Tak pernah makan yang medium rare mula la terbayang darah merah-merah tak masak.Waitress bagitau kalau tak boleh nak makan nanti bagitau diaorang akan masakkan semula jadi medium.
Pia punya dia pilih sirlion angus premium medium well.Dia pun nak medium rare tapi saya tak bagi risau dia tak dapat nak makan rupanya medium well daging agak kering dan tak juicy.Kesian Pia saya tersalah pilih.Sebab rasa bersalah saya tukar la dengan dia yang saya punya bagi dia.Medium rare paling sedap.
Pilihan 
waled jenis daging sama dengan Pia cuma cara masak waled pilih medium pun sedap daging lembut dan juicy.Portion semua banyak boleh kongsi berdua walaupun nampak daging cuma besar tapak tangan tapi mengenyangkan.
Untuk di Kuantan maybe restoran western terbaik.Nak lagi sedap terpaksa keluar jauh dari Kuantan sikit ke KL la paling dekat😂Nak makan western di Kuantan boleh la cuba datang sini support orang melayu.












Friday, October 21, 2022

Nasi Lemak Daun Pisang

Sarapan pagi jumaat.Namanya je nasi lemak tapi tak lengkap pun saya buat ikut apa yang 2 orang penghuni rumah ni makan.Diaorang ni pelik sikit timun kacang ikan bilis semua tolak tepi nanti saya juga tukang kutipnya.Sambal tumis pun tak ada.Saja nak belajar bungkus nasi lemak geram tengok umi cella selalu tanyang nasi lemak bungkus.1st time saya bungkus nasi lemak  ni memang fail la bungkusannya 😂


Nasi lemak rendang daging dan telur je.Dah agak mesti waled terkejut tengok nasi lemak bungkus daun pisang pagi-pagi buta atas meja makan.Saya tengah iron tudung intai sikit gelagat diaorang.Lama Waled berdiri dekat meja pandang nasi lemak tu dia datang dekat saya tanya umi ada keluar ke pagi tadi?haha kalau saya keluar beli pun mana ada orang berniaga lagi time macam ni.Pia masuk dapur ambil pinggan terus makan tak ada tanya apa agaknya dia dah nampak saya tengah bungkus nasi masa nak mandi tadi.

Yang dibungkus 5 je.2bungkus untuk Pia makan dan bawa bekal sekolah pagi.2bungkus untuk waled dan 1 untuk saya.Kalau nak tambah cedok sendiri dalam periuk.Memang betul nampak waled bangun cedok nasi.Sedap la tu..hahaha

Ni bekal saya sampai office pukul 7.15 terus makan bekal dulu.Sedap juga walaupun kosong tak ada sambal tumis dan timun.Dua orang ni terlampau memilih saya pun terpaksa mengikut tekak diaorang.Petang nanti nak balik kampung cuti panjang ni ada geng lawan makan dengan mak.


Thursday, October 20, 2022

RUTIN

 Assalamualaikum....

Semalam ternampak ada yang post "waking up early to get a child ready for school is the hardest part of parenting,no lie.I wanna cry every morning

Jangan la rasa terbeban kan..Sebenarnya it's our pahala kita sebagai ibu..kot boleh guna menutup yang mana lompong.Maklum lah banyak kekhilafan diri dengan anak dan suami,kadang tu mak-mak ni tiba-tiba je boleh bertukar jadi singa jadian😂

Bekal waled 

Saya pula dah jadi tabiat pukul 4.00am mata dah segar.Kadang sebelum alarm clock bunyi badan dah bagi isyarat tak boleh nak tidur dah pusing la kot mana pun tetap tak mau lelap.Mungkin dah di trained dari kecil tengok mak bangun awal style orang dulu-dulu kot.Saya bangun terus defrost lauk sementara tu boleh mandi&me time dengan Allah sekejap untuk ketenangan,lenyapkan kesedihan,mohon kekuatan dalam hidup sehari-hari.Harap Allah sudilah mendengar dan terima.

Bekal sekolah pagi Pia hari ni dia minta nak pasta tomyam.

Biasanya 1hari nak kena masak 3jenis menu sarapan pagi dirumah,bekal sekolah pagi Pia,lauk tengahari sekali petang.
Sarapan pagi mihun sup b*d* je tak ada daun bawang,bawang goreng pun.Untuk waled ada la sambal kicap


Daging masak kicap.Lauk tengahari hingga ke petang.

Tengahari biasanya waled balik makan kat umah.Officenya 5minit je dari rumah boleh la dia santai-santai.Kalau dulu 1tempat kerja bekal sekali harung je anak beranak.Sekolah pia depan pejabat je tengahari balik sekolah pagi makan sama-sama bekal sebelum ke kelas Kafa.Masa 1tempat kerja saya dapat la relax tak perlu nak drive duduk sebelah boleh pejam mata sekejap sementara nak sampai office.Lepas waled kena tukar saya kena drive memang kelam kabut la sikit.Pukul 6.30a.m mesti dah siap keluar rumah kalau lewat 5minit hadap jalan jam.Sampai office dapat la tarik nafas sekejap sementara nak mula kerja.Tapi petang saya dah tak perlu masak.Sampai rumah dah pukul 6p.m boleh rehat berlunjur kaki layan movie korea😁

Mak saya pernah cakap ibarat kalau kita tidur selama sebulan pun bila bangun nanti akan ada rasa mengantuk,means tidur ni tak kan pernah puas akan ada rasa mengantuk letih selagi hidup.Moga Allah lancarkan kehidupan kita sehari-hari.


Wednesday, October 19, 2022

WORDLESS WEDNESDAY~ AMBER DAN DAISY

 

AMBER (AYAH)

DAISY (ANAK)
Dua ekor ni kan tak pernah sebulu sekepala sekapal.Dah 2tahun umur Daisy tapi tetap ada je yang tak kena di mata Amber. Daisy suka tarik perhatian nak bermanja tapi asyik kena cepuk je dengan si ayah..Kesian si kecik ni dah la tak ada mak tak ada adikberadik.Daisy lahir hasil dari free mating sebulan sebelum covid19 muncul.Dalam perjanjian saya cuma dapat seekor baby betina kononnya untuk buat teman si Amber tapi lain pula jadinya Amber tak suka Daisy huhuhu..

Tuesday, October 18, 2022

PULUT SAMBAL MAKBRONASH KUANTAN

 Assalamualaikum...

sumber picture dari instagram

Pulut sambal ni ada juga yang panggil pulut serunding kelapa, serondeng atau serundeng ye?Saya belum berani nak buat sendiri,saya cuma pandai beli..kalau buat sendiri nanti kena makan banyak tak pun tak sesedap yang beli😂

Banyak kali juga dah beli pulut sambal buat sarapan dekat warung-warung area rumah saya tapi belum memenuhi citarasa tekak. Kadang pulutnya tak berapa lembut, serundingnya kelapa tua, kadang tu kurang berasa.

Tapi kali ni saya dah jumpa yang betul-betul sedap rasanya lemak,pedas sedikit manis,pulutnya lembut.Serunding kelapa penuh dengan rasa aroma.Memang sedap la baru la makan rasa nikmatnya.Kononnya sayang nak habiskan simpan dalam peti dulu risau basi nanti nak makan kukus atau panas dalam microwave je.Dah 2 hari baru teringat ada pulut sambal dalam peti eh elok lagi try secubit makan sejuk-sejuk pulutnya still lembut la..Memang sign mati dah ni confirm tak cari yang lain.

Buat minum petang hidang teh o panas sedap sangat ni, sambil makan pulut sambal hirup teh panas. Minggu ni nak kena order lagi la bawa balik kampung hujung minggu ni bagi mak rasa. 

PULUT SAMBAL MAKBRONASH
Jalan Sungai Isap 5, Perumahan Sungai Isap 3
25150 Kuantan, Pahang
Tel: 016-959 3678

Monday, October 17, 2022

2D1N Pulau Kapas Terengganu

Sebenarnya trip ni untuk hadiah birthday anak tunggul intanpayung sorang tu bulan September lepas..Dari Kuantan kami bertolak lebih kurang pukul 8pagi untuk sampai ke Jeti Marang ambil masa 2jam 30minit. Saya pilih naik bot pukul 11pagi jadi boleh la bersantai-santai saja.Sepanjang jalan highway LPT2 Kuantan-Terengganu tu hujan renyai kejap lebat sampai tak nampak jalan. Dalam hati duk la berdoa cuaca baik di pulau nanti. Takut,risau juga kan sekarang dah la musim hujan ribut  ombak mungkin besar, kami pula baru saja kehilangan saudara lemas di laut,dia keluar memancing dengan bot kawannya. Ada sorang kawannya yang selamat katanya bot dipukul ribut pada waktu malam.


Alhamdulillah sampai Jeti Marang cuaca cerah panas lit-lit. Saya terus ke Kaunter MGH Boat untuk collect tiket boat. Saya ambil pakej dengan ejen termasuk tiket bot,challet, 3x makan cuma kat pulau nanti kena add on life jacket dan snorkeling mask. Saya ada tanya di kaunter tempat letak kereta,katanya ''akak boleh parking mana-mana je jangan cari 'dia' tapi kalau terserempak kena lah bayar" tengah pusing-pusing cari tempat rupanya 'dia' dah follow kita, kena lah bayar 1malam RM9 bila minta resit tak ada pun no.siri Majlis Bandaraya Marang.
Sebelum naik bot kena bayar fi marine park dewasa RM5 kanak2 RM2. Pukul 10.30 dah siap2 nak naik bot. 


Sebelum pukul 11 bot dah siap nak gerak. Dari Jeti Marang ke Pulau Kapas sekejap je 15minit tak sempat nak mabuk laut.


Naik speedboat menjerit-jerit melambung-lambung splashed habis basah baju.

Sampai di Pulau Kapas tak boleh terus check in kena tunggu pukul 3,receptionist minta letak beg di cafe saja boleh pergi main air dulu sementara nak tunggu lunch pukul 12.30. Salin swimwear semua pergi sewa life jacket snorkeling mask&snorkel. Pukul 1 katanya kena berkumpul naik bot pergi snorkelling keliling pulau.
Punya semangat nak berenang tengok ikan&coral kononnya, tapi dapat tengok dari atas bot je sebab jellyfish terlalu banyak saya pun tak pasti obor-obor ni datang bermusim ke atau macam mana. semua pakat takut nak turun berenang risau kena sengat.

Kami ada juga la turun sekejap dapat tengok coral cantik-cantik sesambil main elak-elak dgn obor-obor.Pastu dah cepat-cepat naik bot, xkuasa kalau terkena sengat nanti dapat sakit je. Semua orang dah frust tak dapat turun ada yang minta nak balik dah. Kesian orang yang ambil day trip snorkelling mesti tak puas hati.

             

Kami hanya main air kawasan pantai depan Kapas Coral Beach Resort. Lagi seronok dapat tengok ikan jinak-jinak eh coral pun boleh tahan juga kena pergi ke bahagian tengah sikit. Saya mula-mula masuk air kaki dah cramp dah la masa tu di tengah kawasan nak pijak pasir pun tak jejak..Yang 2orang tu dah seronok tak sedar kita tengah tahan takut&sakit. nasib baik pakai lifejacket. Dapat tengok keindahan batu karang ikan berwarna wani kecil&besar indahnya ciptaan Allah yang sangat cantik..bila ternampak kawasan dalam yang curam gelap terasa kerdil&takut.

Dah petang baru masuk bilik. Bilik biasa je tidaklah selesa sangat. Dalam bilik tak ada TV, kettle nak masak air, kopi teh semua tak ada. Nak air panas kena beli di cafe. Air panas 1 cawan RM2 huhu. Nasib baik tak ada anak kecik nak buat susu. So sebelum datang kena standby air&makanan. Datang sini just enjoy view je lah serba kekurangan nama lagi Pulau kan....




Sebelum maghrib keluar kejap ambil angin pulau waktu petang. Pia minta nak keropok lekor terkejut dengan harganya RM4 8ketul besar ibu jari..makan la nak buat rasa-rasa😅. Waffle RM 7 maklum la pulau kan semuanya susah nak dapat.

Balik bilik siap-siap solat jamak magrib-isyak terus keluar ke cafe untuk dinner. Buffet dah masuk sekali pakej , makanan pun biasa-biasa je tak ada la sedap sangat tapi sebab dah lapar kan terima la semua kekurangan syukur seadanya..Sambil makan layan fire show, sifat buruk saya dari kecik kalau tengok fire show ni hati berdebar takut, tak tau la apa yang takut, kalau waktu kecik takut terkena api kot takut tengok muka fireboy tu berceloreng agaknya, tapi dah tua ni ada lagi perasaan tu..ntahla 😂
 





Hari kedua lepas subuh sambung tidur jap sementara nak tunggu breakfast. Pia dah tak sabar nak main air lagi. Awal pagi ni air pasang ombak pun kuat. Breakfast dah masuk dalam pakej makanannya sama bagi saya 'kurang sedap'. Buat alas perut boleh la sebelum masuk laut semula..




Lepas breakfast waled sambung tidur jap kononnya risau mengantuk nak drive jauh balik Kuantan. Misi habiskan roti untuk ikan.. sewa lagi lifejacket dan snorkelling goggles, sewa hanya dikira untuk 1hari hingga pukul 6 petang dah kena pulang.Pagi ni nak guna kena la sewa semula.Harga sewa RM25 1set beserta deposit RM20. Pagi ni rugi la sewa nak guna sekejap je sebab dah nak check out jap lagi.

Pukul 10.30 pagi siap-siap naik mandi,kemas barang dan check out. Tunggu bot datang 11.30. Kali ni naik bot kami pilih duduk bahagian dalam risau baju basah..

Sampai je Jeti Marang waled cakap rasa macam baru sampai Malaysia maklumlah di Pulau serba kekurangan. Overall percutian kali ni biasa-biasa saja lah.....