Friday, December 28, 2018

Jumaat terakhir 2018


Assalamualaikum... 

Hari ini adalah hari jumaat terakhir dalam tahun 2018. Terlalu banyak kenangan yang Allah berikan untuk kami sekeluarga... suka duka,pahit manis, menangis, ketawa semuanya bersatu dalam satu ujian. Syukur alhamdulillah diberi peluang merasa semuanya ini...

Kami cuma hamba yang kerdil dan dhaif, setiap kali bangun dari tidur yang panjang ianya satu lagi peluang untuk kami memperbaiki diri. Semalam sudah terlalu banyak dosa yang kami lakukan dan mungkin juga semalam ada kebaikan yang belum sempat kami selesaikan, mungkin semalam juga kami masih belum memaafkan dan meminta maaf..

Maafkan kami kalau selama perkenalan ada yang terguris hati. Saat sibuk melayani perasaan sendiri, mungkin ada jiwa-jiwa yang terluka dek kami. Maaf andai diri ini menyakiti saat ia juga disakiti. Semoga ada manfaat perkenalan kita..

Biar...biar yang pahit dan duka itu pergi..biar yang suka dan manis menjadi saksi niat dan usaha kita untuk mengubah diri yang kurang baik menjadi baik. Biarkan memori kisah silam semalam walaupun sukar untuk dipadam tetapi jangan biarkan dirimu juga tenggelam.

Ahlan wasahlan 2019. Moga tahun 2019 lebih baik dari tahun sebelumnya.

Semoga kita semua sentiasa berada dalam jagaan Allah serta diberikan keberkatan umur,rezeki, kehidupan di dunia dan akhirat. Wallahu a'lam.


Thursday, December 27, 2018

Balik kampung...

Alhamdulillah Pia dan Ucu dah sampai Kuantan pukul 5.30 pagi tadi. 1minggu kat kampung waaah seronoknya. Pengalaman pertama Pia balik kampung naik bas. Dah akhir2 cuti sekolah baru la ummi waled bagi Pia balik kampung, tu pun sebab ucu ada kebetulan ucu cuti. Kalau tak jangan harap ummi nak benarkan, bukan apa ummi taknak menyusahkan atok nenek. Dah la ummi takdapat nak bagi kesenangan pada mereka, at least kita tak membebankan mereka. Memang tak dinafikan atok nenek tu memang tak kisah nak jaga cucu dengan alasan boleh buat teman time sunyi, tapi oh no no sayang...nenek atok dah tua sayang, tubuh badan mereka pun dah tak berapa sihat, sepatutnya kita yang jaga mereka bukan menambah lagi beban pada mereka.




Banyak gambar Pia (hazim & haifa-sepupu Pia) masa kat kampung.TQ ucu hari2 share apa yang diaorang buat.Dapat la ummi tepek kat sini untuk kenangan. Dah besar nanti boleh Pia tengok semula keakraban antara Pia,hazim dan haifa,semoga berkekalan sampai ke besar,saling hormat menghormati,menjaga hati antara satu sama lain.

Excited sangat nak naik bas,pagi ptg siang malam kira brp hari lagi nak naik bas.Happy sangat dapat balik kg.
TQ ucu tengok2 kan Pia
Pagi2 sarapan nasi berlauk..jiwo kelate sangat..
Solat jemaah sama-sama. Kalau dengan ummi penat suruh baru buat
Berkumpul mereka bertiga maka meriah sangat2 la rumah atok nenek..biasanya 
"lare x dengar la".
Happening sangat, kejap baik kejap gaduh
Bab makan memang sentiasa lapar,selera sebab makan sama2, ucu cakap ucu pun pelik asyik makan je
TQ atok TQ nenek luangkan masa untuk cucu2
Maklong belanja baju tidur baru..TQ maklong
Pia cakap pergi waterfall 
~Air terjun Jeram Pasu, Pasir Puteh.Salah satu tempat rekreasi di Pasir Puteh, kira kira 16kilometer dari bandar Pasir Puteh.Terkenal sebagai tempat yang dipenuhi keindahan flora dan faunanya yang tersendiri. Ada banyak kemudahan seperti tempat letak kereta, surau, wakaf rehat, tandas awam, restoran dan gerai serta kolam mandi buatan.Lokasi Jeram Pasu ini agak terpencil,tetapi tetap menjadi pilihan masyarakat untuk beriadah bersama keluarga. Pengunjung pastinya akan berpuas hati~
Masa ummi kecik dulu pun atok selalu bawa datang sini, sekarang atok datang bawa cucu2
Seronok dapat berendam lama-lama yer..
Ikut atok nenek pergi kenduri kahwin,masing2 sibuk dengan goodies
Duduk kampung boleh la bermalas malasan mandi lambat ye Pia..
Terlalu obses dengan kucing, kalau dengan Amber tak boleh nak manja2, Amber garang dengan Pia,maybe dia rasa Pia ni persaingan dia nak manja2 dengan ummi waled
Cuti sekolah dah nak habis, kena la balik kepada asal...hihihi 
Nanti kita sama sama berkumpul lagi.Bila Ajwad (anak maklang) dah besar, makin meriah la rumah atok nenek




Alhamdulillah semoga Allah berkati rezeki ini dan mendapat keberkatan dariNya.Semoga Allah sentiasa rahmati keluarga kita. Terima kasih semua yang sayangkan Pia, ingat pesan ummi Pia kena sayang dan sentiasa doakan orang-orang yang sayangkan Pia.





















Wednesday, December 26, 2018

Grooming Kucing Di Kuantan

 Assalamualaikum...

AMBER satu-satunya kucing yang pernah kami sekeluarga bela, sebelum ni ada pernah juga bela kucing kampung tapi dua minggu je sempat jaga dah hilang..AMBER ni kucing parsi jantan tapi nama betina.. Dah setahun lebih jaga Amber..sangat manja sangat baik..Ambil dari baka kucing Along(abang sulong) mak amber dah mati tinggal adik je sekor tu pun terpisah sekali dua je jumpa faith,ucu yang jaga
Memang hobi dia tido mcm ni


Eeee geramnye tengok Amber ni
Hajat nak buat grooming untuk Amber dah lama,asyik tangguh je.Kebetulan 2minggu lepas Amber ada luka luka kat badan lepas bergaduh dengan kucing luar,waled cakap buat lion cut senang nak sapu ubat...sian anak jantan ni,terus demam tak selera makan trauma agaknyer..tu la suka sangat lepak kt porch,tak bagi keluar kang merajuk pulak..
Ni masa demam,nampak susut sikit badan 


Alhamdulillah akhirnya hajat nak buat grooming dan lion cut Amber tercapai, mulanya pening juga nak cari tempat yang elok.

Along yang suggest tempat ni, mak Amber dulu pun pernah buat grooming tempat ni jadi memang kita dah tau la kat sini elok kan.. Pusat Dandanan Kucing Kuantan- Cat's Villa. Ini harga pakej yang ditawarkan :
 Lion Cut ~ RM 80 - RM 100
* Harga bergantung pada saiz kucing. Harga termasuk sekali dengan potong kuku,bersih telinga dan mandi. 
*Mandian ada 3 jenis 
-Premium groom
-Flea Treatment (kutu)
-Medicated Treatment (fungus/kurap)

Amber haritu diaorang charges RM 90. Waled hantar dia pukul 10pagi dan pergi pickup pukul 5 lepas balik kerja. Mulanya diaorang whatsapp bagitau tak boleh nak buat lion cut untuk Amber sebab dia garang sangat, Amber dengan orang tak kenal memang macam tu, kalau ada tetamu datang pun dia dengan perangai sombong dan garangnye la..Tunggu Amber bertenang dulu baru boleh buat..
Sampai rumah terus minta air,haus menjerit agaknye..


Dah hensem anak jantan ummi ni..



Wangi dan harum dah Amber cayang cayang ni..Sangat puas hati dengan hasil kerja diaorang, lion cut pun cantik bersih. 

Manja sangat-sangat asyik minta gosok garu-garu badan dia je



Pusat Dandanan Kucing Kuantan
Cats Villa
A-6878 Jalan Kubang Buaya
Kuantan, Pahang
013-904 9679








Tuesday, December 25, 2018

pengakhiran yang sama..

Kaya atau miskin
Susah atau senang

Itu semua ujian
Kau dengan ujian kau
Aku dengan ujian aku

Jangan sesekali menghina atau membandingkan.
Mungkin jalan hidup kita berbeza tetapi pengakhiran kita tetap sama , balik kepada Sang Pencipta.

Monday, December 24, 2018

berdua..

Assalamualaikum...

Hari ini rasa sunyi je mungkin ramai yang cuti, sesunyi hati ummi dan waled. Pia dah 1minggu kat kampung Pasir Puteh. Semalam ucu(Adik Bongsu) bagitahu tak jadi balik Kuantan malam ni, rabu malam baru bas ada..huhuhu rindunya anak ummi..Betapa sepinya memenuhi hujung minggu tanpa anak..
Ini goodies dapat masa pergi kenduri kahwin anak exboss waled. Majlis diadakan di Dewan Makmur Ar Rahman, Kompleks Kastam Kuantan. Majlis sangat meriah, makanan pun mewah, Alhamdulillah senang hati perut kenyang sampai ke malam.


Waled main rubik sampai kena tengok youtube,pun tak jadi-jadi jugak. Masa kecik-kecik dulu pernah juga try main rubik ni,pun sama xpernah nak jadi. Pia la dia minta nak rubik ni dah lama,tapi ummi buat xtau je sebab tau main ni susah,nanti mula la nak mengamuk kalau xdapat buat. Tapi haritu masa pergi kedai buku ada nampak benda alah ni RM 3.99 je, beli la juga utk Pia..Balik rumah terus dia main, sampai ummi waled panggil makan ajak solat pun masih ralit main rubik ni. Dah malam nak tido menangis plk sebab xdapat nak selesai kan sama warna..aduhaii anak..

Petang Ahad Waled cakap nak kemas belakang rumah,tengok rumput cepat je naik subur2 gemuk plk tu nak2 musim hujan ni suka la dia..Jiran sebelah2 dah sambung dapur sampai rapat ke pagar belakang.Ummi rasa sayang plk dengan tanah sekangkang kera ni, konon2 boleh bercucuk tanam tapi rumput lak yang tumbuhnya. Ada la juga pokok pandan, kari, serai, daun kunyit baru nak hidup..

Tak sabar nak tunggu Pia balik Kuantan, minggu ni nenek atok Pia pun nak datang Kuantan. Tengah pujuk maklang(Adik No.3) kat KL suruh datang Kuantan cuti new year..Kalau semua ada baru la bahagia...

bermulanya disini....

Assalamualaikum....

Pertama kali baru nak berjinak jinak dengan blog. Baru rasa datang kesedaran perlu ada satu platform yang boleh ditulis dan disimpan untuk kenangan. Sebelum ini hanya simpan dalam phone yang tiada jalan cerita. Bila phone rosak semua gambar hilang mula la murung empatpuluhhari. Nak simpan di facebook, risau ramai yang menyampah asyik muka kita cerita kita je yang keluar wall dia.

Sebenarnya saya masih mentah dalam dunia blog tetapi keinginan saya kuat untuk belajar walaupun tanpa mentor di dunia blog. Semoga dengan sedikit penulisan disini memberi kebaikan untuk semua. Semoga Allah merahmati kita semua. Wallahu'alam.